Thursday, July 19, 2012

Aku Lupa.

You know what? Aku selalu lupa aku ada kawan "lelaki" dan "perempuan". Aku selalu menyamaratakan antara mereka. Aku layan kawan-kawan lelaki sama macam mana aku layan kawan-kawan perempuan. Lagi-lagi, kalau kawan lelaki tu baik dan selesa untuk dijadikan kawan. And again! Kawan yer. KAWAN! Tak lebih daripada itu. 

Mungkin disebabkan aku selalu excited tanya itu, tanya ini menyebabkan kawan-kawan lelaki rasa tak selesa. "Mungkin aku ni suka pada dia". Kawan-kawan yang betul-betul kenal je akan tahu lah aku cuma take care. Tak lebih pun. Tak sampai tahap cintan pun.

Kalau dulu time skolah, time budak lagi maybe la kot kawan-kawan lelaki boleh nak elak aku.  Sebab aku mudah suka dekat orang. Haha. Tapi, time tu aku x reti nak membezakan kawan dengan suka. Itu je. Pemikiran cetek dan x matang. 



So, sekarang maybe lah kot ade la sorang kawan tersebut yang macam ala-ala nak mengelak dari aku. Mungkin sebab dia tahu aku dah berpunya. Jadi, mungkin dia risau dan takut. Mungkin dia nak elak dari aku suka dia ke ape. Aku pun xtahu lah.

Cuma, kalaulah si dia itu ada terbaca apa yang aku tulis ni. Aku cuma nak bagitahu, aku hormat dia sebab dia baik. Aku hormat dia, sebagai orang yang pernah beri tunjuk ajar dekat aku. Entah kenapa, aku rasa selesa dgn dia "as friend/ abang/ kakak".. kakak? yepp. walaupun die lelaki. Kalaulah aku boleh jodohkan dia dengan kakak aku. Huu. Best! Best!



Tapi, takpelah. Orang nak mengelak kan. Ape boleh buat. Buat tak tahu je lah. Cuma, kalau dia baca, aku nak mintak maaf lah kalau buat dia rasa tak selesa. itu sahaja. Sekian, terima kasih.

P/S: individu tersebut tidak boleh didedahkan siapa.  ^^,


Di Reject


Assalamualaikum. Pening dah aku ni. Kejap update, kejap delete. Pas tu muncul balik. Haih. Tapi nak buat macam mana aku ni memang lah begitu. Huhu. 

Sekarang sedang bz mencari pekerjaan. Selain daripada usaha menggemukkan badan. Hehe. Kalau dah duduk di rumah, memang kejanya ulang-alik ke dapur. Ulang-alik ke dapur pulak bukannya nak memasak sangat. Bukak tudung saji. Itu yang utamanya~ Makan~ Haha

Well, hari tu try la apply kerja yang dirasakan layak dengan qualification diri. Apply lah. Pas tu, dapatlah interview. Tapi, hati rasa berat taknak pergi. So, memang tak pergilah. Aku pun reply email syarikat tersebut bagitau tak dapat datang. Then, pihak tersebut call pap!! Terus die speaking London. Auuww~ Terkejot I. Aku pun agak tergagap2 jugaklah menjawabnya. Then, she said to me: “if now you are struggle enough to speak in English, then you are not qualified for this job!”.  Aku terpinga-pinga. Sambil dalam hati kata “ada aku kisah sangat. Tak hadap pun nak kerja kat situ”..

Tapi, bila fikir-fikir balik. English tu penting jugaklah sebenarnya. Yelah, boleh jugak mengharumkan nama Islam. We are muslim who can speak English! Tapi, xpe..  Mungkin bukan rezeki aku lah tu.. Lagipun environment dekat situ, majoritinya chinese. ***

Takpe.. Seterusnya, usaha lagi… Semoga Allah mudahkan.. Amin..