Mungkin disebabkan aku selalu excited tanya itu, tanya ini menyebabkan kawan-kawan lelaki rasa tak selesa. "Mungkin aku ni suka pada dia". Kawan-kawan yang betul-betul kenal je akan tahu lah aku cuma take care. Tak lebih pun. Tak sampai tahap cintan pun.
Kalau dulu time skolah, time budak lagi maybe la kot kawan-kawan lelaki boleh nak elak aku. Sebab aku mudah suka dekat orang. Haha. Tapi, time tu aku x reti nak membezakan kawan dengan suka. Itu je. Pemikiran cetek dan x matang.
So, sekarang maybe lah kot ade la sorang kawan tersebut yang macam ala-ala nak mengelak dari aku. Mungkin sebab dia tahu aku dah berpunya. Jadi, mungkin dia risau dan takut. Mungkin dia nak elak dari aku suka dia ke ape. Aku pun xtahu lah.
Cuma, kalaulah si dia itu ada terbaca apa yang aku tulis ni. Aku cuma nak bagitahu, aku hormat dia sebab dia baik. Aku hormat dia, sebagai orang yang pernah beri tunjuk ajar dekat aku. Entah kenapa, aku rasa selesa dgn dia "as friend/ abang/ kakak".. kakak? yepp. walaupun die lelaki. Kalaulah aku boleh jodohkan dia dengan kakak aku. Huu. Best! Best!
Tapi, takpelah. Orang nak mengelak kan. Ape boleh buat. Buat tak tahu je lah. Cuma, kalau dia baca, aku nak mintak maaf lah kalau buat dia rasa tak selesa. itu sahaja. Sekian, terima kasih.
P/S: individu tersebut tidak boleh didedahkan siapa. ^^,
No comments:
Post a Comment